Tuesday, June 7, 2011

GELORA DAN GELOMBANG ADALAH UJIAN

Assalamu'alaikum..
Mengharungi samudera kehidupan...sudah tentu akan menempuh gelora yang membadai...mahupun dilambung gelombang yang membantai...
Segala-galanya itu seharusnya membuatkan diri lebih tegar..lebih kental dalam menghadapi segala pancaroba....
Tuhan tidak mendatangkan sesuatu ujian itu tanpa sebab..tanpa alasan..
Tapi segala ketentuan hidup itu, mempunyai hikmah-Nya yang wajar direnungi...wajar dihalusi.. serta dikaji kelemahan diri, ataupun berusaha bermuhasabah diri....demi mendapatkan natijah dan ganjaran yang lebih baik...

Sentiasalah mempunyai bekal iman dan berpayung kesabaran menjalani kehidupan...
Semoga Allah SWT melindungi kita daripada kekufuran dan keingkaran..

Wednesday, May 4, 2011

HIDUP ADALAH SATU PELAYARAN

Assalamu'alaikum..

Dunia ini adalah fana.
Kita hanya penumpang, yang singgah sebentar cuma.
Melayari kehidupan untuk ke titik penghujung hayat.

Berwaspadalah menempuh gelora ujian.
Teguhkan bekal iman buat menangkis segala cabaran.